Penghuni penjara tidak boleh keluar kenyataan berkaitan kempen PRU-15 #bm, Politik October 20, 2022 5:00 PM MELAKA, 20 Okt: Mereka yang sedang menjalani hukuman di penjara tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan untuk tujuan berkempen sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara Supri Hashim.