KUALA LUMPUR, 6 Dis: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan memastikan penganjuran Terbuka Malaysia 2023 pada 10 hingga 15 Januari tahun depan benar-benar berbaloi sekali gus bertepatan dengan harga tiket tinggi yang dibayar peminat.
Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berharap penganjuran kejohanan yang bakal menjadi pembuka tirai siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), akan memberikan pulangan besar serta menyajikan pengalaman menakjubkan buat penonton di Axiata Arena kelak.