Penghuni mahir guna alat pemadam api, selamatkan rumah panjang daripada terbakar #bm, Berita Sarawak, Daily Updates March 26, 2022 11:19 AM KANOWIT, 26 Mac : Kemahiran mengendalikan alat pemadam api oleh salah seorang penghuni Rumah Panjang Awi di Sungai Maong, berjaya menyelamatkan kediaman itu daripada mengalami kemusnahan yang lebih besar dalam kebakaran petang semalam.