NREB kenal pasti punca serpihan kayu terapung di Sungai Krangan, Balai Ringin #bm, Berita Sarawak September 3, 2024 8:50 AM KUCHING, 3 Sept: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) mengenal pasti serpihan kayu yang hanyut di Sungai Krangan, Balai Ringin berpunca daripada pembukaan tanah yang tidak terkawal oleh sebuah syarikat perladangan dan kerja meratakan tanah.