KUALA LUMPUR, 11 Dis: Terowong Lebuhraya SMART kembali beroperasi selepas ditutup lebih dua jam susulan hujan lebat di Lembah Klang sejak jam 5 petang semalam.
Pusat Kawalan Banjir SMART (SMART SCC) dalam kenyataan malam tadi memaklumkan, sistem telah kembali ke Mod 2b dan proses pembukaan terowong trafik bermula jam 9.30 malam manakala Mod 1 jam 10.10 malam.