KUCHING, 10 Dis: Filem bertemakan budaya pelbagai kaum di Sarawak dan Malaysia perlu diperbanyakkan, kata ahli akademik.
KUCHING, 21 Julai: Filem tempatan Sarawak, ‘Sumpahan Jerunei’ yang mula ditayangkan di pawagam Malaysia dan Brunei bermula 27 Julai ini serta di Kemboja pada 11 September diyakini pecah panggung dengan kutipan RM30 juta.
KUCHING, 5 April: Filem seram, ‘Sumpahan Jerunei’ terbitan Produksi Seni Duapuluh Duapuluh Sdn Bhd bakal ditayangkan di pawagam pada Julai 2023 setelah dua tahun ditunda tayangannya akibat pandemik COVID-19.
Berkisah tentang adat bersejarah pengebumian bangsawan Melanau di Sarawak, “Sumpahan Jerunai” akan menampilkan barisan pelakon terkenal dan berpengalaman antaranya Bront Palarae, Syafie Naswip, Amerul Affendi, Tony Eusoff, Uqasha Senrose, Daiyan Trisha dan Ruminah Sidek.
Pengarah Eksekutif Produksi Seni Duapuluh-Duapuluh Sdn. Bhd, Dato’ Nancie Foo berkata, filem itu bermula dengan watak sekumpulan penyelidik diketuai Ketua Penyelidik, Professor Dr.Sani ke sebuah Kampung masyarakat Melanau, untuk membantu memindah Tiang Jerunai bagi pembangunan baharu tetapi berlakunya elemen-elemen mistik.
“Sebenarnya, watak Ketua Penyelidik kita seorang yang berniat baik, tetapi berlakunya banyak elemen-elemen mistik sewaktu pemindahan tiang itu, maka terbongkarlah kisah bersejarah di sebalik Tiang Jerunai yang ditegakkan selama enam abad,” katanya pada sidang media filem “Sumpahan Jerunei” bertempat di The Hive, Swinburne University of Technology Sarawak Kampus Kuching semalam.
Pada masa yang sama, Penerbit Produksi Seni Duapuluh-Duapuluh Sdn. Bhd, Datin Dr.Wendy Wong berkongsi kepada media, penampilan tiang bersejarah kaum masyarakat Melanau sebagai tema filem itu kerana banyak dalam kalangan masyarakat tidak peka tentang sejarah “Tiang Jerunai.”
“Semasa pihak produksi membuat kajian, apabila disoal, kami mendapati bahawa ramai tidak tahu apa sebenarnya “Jerunai.”
“Perkara ini disebaliknya apabila ditanya tentang sejarah “headhunter”, masyarakat lebih kenal dengan budaya ini, dan menarik minat produksi untuk mengambil budaya unik ini sebagai idea asal sebuah filem,”ujarnya.
Wong juga berkata, mesej utama filem itu adalah untuk memberi pesanan kepada penonton supaya berhati-hati dalam penjagaan warisan budaya sesebuah masyarakat.
“Tagline yang kita beri, dalam filem ini “do not touch anything that does not belong to you,”jelasnya.
Sementara itu, Produksi Seni Duapuluh-Duapuluh Sdn. Bhd juga telah menganjurkan sebuah pertandingan poster peringkat universiti yang akan terbahagi kepada dua wilayah, iaitu kategori Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Penyertaan akan dibuka pada 20 April 2023 sehingga 20 Mei 2023, di mana poster pemenang pertandingan ini akan ditampilkan di Festival Filem Antarabangsa, bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar di Malaysia. -TVS
By Bernama • January 26, 2024 • 10:33 am
By Bernama • January 26, 2024 • 9:55 am
By Bernama • January 26, 2024 • 8:09 am
By Bernama • January 26, 2024 • 8:18 am
By TVS • January 26, 2024 • 8:24 am