
HANGZHOU, 1 Okt: Hasrat gandingan penerjun negara Bertrand Rhodict Lises-Enrique Maccartney Harold untuk mencipta sensasi tidak kesampaian apabila terlepas memenangi pingat perak acara 10 meter (m) platform seirama lelaki pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di sini malam ini.

HANGZHOU, 1 Okt: Pelari pecut sensasi Malaysia Muhammad Azeem Mohd Fahmi mempamerkan larian hebat untuk meraih pingat gangsa dalam acara 100 meter lelaki di Stadium Olimpik Hangzhou, di sini malam ini.

HANGZHOU, 30 Sep: Gandingan Datuk Pandelela Rinong-Nur Dhabitah Sabri memberikan permulaan memberangsangkan buat kem terjun negara pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas menghadiahkan pingat gangsa dalam acara 10 meter (m) platform seirama wanita hari ini.

HANGZHOU, 28 Sept: Mohd. Qabil Ambak Mahamad Fathil mencipta sejarah membanggakan apabila menghadiahkan emas pertama Malaysia dalam sukan ekuestrian selepas mengungguli acara dressage individu di Sukan Asia Hangzhou 2022 hari ini.

HANGZHOU, 28 Sept: Kehebatan atlet pelayaran wanita negara, Nur Shazrin Mohamad Latif berjaya memecah kebuntuan pingat emas kontinjen negara pada hari kelima temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 yang menjadi pingat tunggal diraih Malaysia, pada Rabu.