
BATANG KALI, 18 Dis: Operasi hari ketiga mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya di sini, ditangguhkan berikutan hujan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, operasi SAR akan disambung semula pada jam 8 pagi esok, bergantung kepada keadaan cuaca.