KUALA LUMPUR, 28 April: Kerajaan harus berhati-hati bagi mengelak daripada melakukan ‘kesilapan politik’ dalam melaksanakan agenda pembaharuan berkaitan isu hak asasi manusia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata kerajaan perlu meneliti beberapa kaedah dan perkara dari segi perundangan sebelum melaksanakan agenda pembaharuan membabitkan isu hak asasi manusia yang sudah semestinya memerlukan masa.