
KUCHING, 15 Sept: Kerajaan akan terus menyokong pertumbuhan industri kreatif di Sarawak dengan menyediakan latihan, sokongan dan kemudahan fasiliti seperti pembangunan Studio Sound Stage di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) cawangan Sarawak.