Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Spaoh

BETONG , 2 Dis : Sebelum ‘jenama’ Uncle Jang Kopitiam di Spaoh di sini ‘meletup’ dan menjadi tempat tumpuan pelanggan untuk menikmati makanan laut, sebenarnya pemiliknya pernah gagal banyak kali dalam perniagaan.

SPAOH , 30 Nov : Sarawak ‘berminat’ menyertai industri penerbangan dengan merancang untuk menubuhkan syarikat penerbangannya sendiri.

SPAOH , 30 Nov : Pekan ini bakal memiliki lapangan terbang dalam tempoh dua tahun berikutan pelancaran projek pembinaan Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport).

KUCHING, MEI 5: Seorang wanita berusia 28 tahun cedera parah selepas kereta yang dipandunya dipercayai bergesel dengan tayar lori muatan 10 tan sebelum terbabas di simpang Matop, Spaoh pada Selasa.

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Betong, Henry Jugah, kereta mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dan terlanggar tepi tayar belakang lori yang kebetulan melalui kawasan terbabit. Akibat pelanggaran itu kereta mangsa terbabas ke kiri jalan lalu terbalik.

Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pekerja Pan-Borneo yang berada di lokasi kejadian sebelum pihak bomba tiba dan diserahkan kepada kakitangan kesihatan untuk dibawa ke Hospital Betong. Pihak bomba menjalankan pemeriksaan ke atas kereta mangsa bagi memastikan tiada lagi mangsa di dalam kereta tersebut.