
SHAH ALAM, 31 Jan: Polis sedang mengesan dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga pendatang asing tanpa izin ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang selepas cedera dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Jan lepas.