Sukan Asia: Skuad hoki wanita Malaysia belasah Singapura 8-1 #bm, Sukan October 1, 2023 5:32 PM HANGZHOU, 1 Okt: Skuad hoki wanita negara mengubat luka kekalahan terhadap India Jumaat lepas dengan membelasah Singapura 8-1 dalam aksi ketiga Kumpulan A temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Gongshu Canal Sports Park hari ini.