TUARAN, 14 Sept: Anggota veteran Skuad 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang pernah bertugas di Sabah menyeru setiap generasi muda menyambung perjuangan mereka mempertahankan negeri itu dan Malaysia yang tercinta.
Presiden Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM Datuk Abdul Aziz Bakar berkata tanggungjawab mempertahankan negara itu bukan terletak pada bahu generasi tertentu semata-mata, sebaliknya usaha itu perlu berterusan daripada satu generasi kepada generasi lain supaya negara kekal selamat.