KUALA LUMPUR, 27 Sept: Peningkatan akses kanak-kanak terhadap telefon pintar dan Internet dibimbangi akan menyebabkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang tidak melibatkan sentuhan fizikal seperti penyebaran video dan gambar lucah semakin serius pada masa hadapan.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak ACP Siti Kamsiah Hassan berkata pihaknya kini kerap menerima laporan mengenai penyebaran gambar dan video lucah membabitkan mangsa kanak-kanak.