KUALA LUMPUR, 24 Nov: Perubahan iklim menyebabkan corak bencana alam berubah dan mengakibatkan banjir pada akhir tahun lepas dan awal tahun ini yang menyebabkan kerugian keseluruhan negara sebanyak RM6.1 bilion, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.