
KUALA LUMPUR, 30 Okt: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah mencipta sejarah dalam menamatkan kemarau kejuaraan selepas mengungguli kejohanan badminton Terbuka Perancis yang berlangsung di Stade Pierre de Coubertine di Paris, malam ini.
Kejayaan menumbangkan pilihan keempat yang juga juara dunia dua kali, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun 21-19, 18-21, 21-15 di pentas final itu, menyaksikan Pearly-Thinaah menjadi beregu wanita Malaysia pertama merangkul gelaran Terbuka Perancis.