
JINJU (Korea Selatan), 13 Sept: Tahap kemajuan pembinaan 18 pesawat pejuang ringan FA-50M milik Malaysia telah mencapai 39 peratus ketika ini dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka mula menerima kumpulan pertama pesawat pejuang itu pada 2026.