KUALA LUMPUR, 22 Feb: Pemulihan sentimen pasaran di peringkat global, pemulihan keyakinan pelabur terhadap Malaysia serta penyederhanaan kekuatan dolar Amerika Syarikat (AS), antara faktor utama yang mendorong kepada pengukuhan mata wang ringgit, kata Timbalan Menteri Kewangan Sim Chee Keong.
Beliau berkata, secara amnya, mata wang tempatan telah mencatatkan pengukuhan sebanyak 3.2 peratus antara 24 November 2022 dan 17 Februari 2023 berikutan kestabilan politik negara yang menjurus kepada pengukuhan pelabur.