BURGOS (Sepanyol), 25 Sept: Tengkorak berusia 1.4 juta tahun, fosil manusia tertua pernah ditemukan di benua Eropah dan dipercayai mampu mengubah pengetahuan mengenai prasejarah manusia, menurut saintis yang terlibat dalam penemuan itu.
“Kami masih belum mengetahui spesies manusia pertama berdasarkan penemuan itu,” ahli arkeologi Aurora Martin, yang juga penyelaras am Muzium Evolusi Manusia di Burgos, utara Sepanyol, memberitahu Agensi Anadolu.