
ISLAMABAD, 3 Okt: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Pakistan, Shehbaz Sharif dijadual mengadakan rundingan pada Khamis bagi memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang serta mengeratkan persahabatan yang terjalin selama 67 tahun, lapor Associated Press of Pakistan (APP).