
KUALA LUMPUR, 22 Dis: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak bersedia untuk memberikan keterangan pada perbicaraan kes Tan Sri Shahrir Ab Samad hari ini tanpa kehadiran peguamnya.
Najib, 69, yang merupakan saksi pendakwaan ke-23 berkata beliau tidak bersedia memberikan keterangan secara lisan tanpa kehadiran peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang bertindak sebagai peguam pemerhati.