
ALOR SETAR, 8 Mei: Dua penunggang motosikal maut manakala seorang pembonceng cedera dalam kemalangan di Jalan Sungai Dedap, dekat Yan, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Yan, DSP Shahnaz Akhtar Haji berkata, dalam kejadian kira-kira 9.15 malam itu, mangsa yang maut ialah Mohd Khatib Sharbini Tajuddin, 41, dan Nur Aina Ellysya Abdul Hadi, 13, manakala adiknya, Nur Aina Syafiqa Abdul Hadi, 11, mengalami kecederaan.