Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

serangan Israel

NEW YORK, 18 April 2025: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Khamis mendedahkan bahawa tiada bantuan kemanusiaan dibenarkan memasuki Semenanjung Gaza sejak 2 Mac lalu, menjadikan tempoh sekatan bantuan paling lama sejak bermulanya pencerobohan Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

GAZA, 12 April: Di wad kanak-kanak Hospital Nasser, seorang ibu, Samia Ashour, 35, duduk di sisi anak lelakinya, Ibrahim, yang berusia 50 hari dan hanya seberat kurang dua kilogram. Tubuh kecil itu hampir tidak bergerak, matanya tidak mampu menjejaki pergerakan, sementara ibunya yang kelihatan cengkung dan sugul hanya mampu mendodoi perlahan, seolah-olah berharap anaknya kembali bertenaga.

ANKARA, 22 Mac: Tentera Israel membunuh 130 lagi rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sejak Oktober 2023 kepada 49,747, menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu.

GAZA, 21 Mac: Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini mengesahkan bahawa lima lagi petugasnya terbunuh di Gaza dalam tempoh beberapa hari lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kakitangan yang terkorban mencecah 284 orang.

ANKARA, 21 Mac: Angka korban rakyat Palestin akibat serangan genosid Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023 meningkat kepada 49,617 orang, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Kementerian Kesihatan pada Khamis.

Paling Popular

No results found.