
JOHOR BAHRU, 2 Sept: Sebutan semula kes lima anggota keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei lepas yang berdepan dengan sembilan pertuduhan berasingan termasuk menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas Islamic State (IS), ditangguh ke 24 Sept ini.