
JOHOR BAHRU, 28 Sept: Dua lelaki cedera selepas dilanggar dengan kereta oleh seorang lelaki lain dipercayai akibat perselisihan faham yang berlaku di sebuah bar di Taman Molek di sini awal pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya sebelum ini mengesan sebuah video berdurasi seminit 37 saat yang tular di aplikasi WhatsApp memaparkan insiden kekecohan dan pergaduhan sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa dilanggar.