KUCHING, 18 Sept: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berharap Sekolah Menengah Antarabangsa di bawah Yayasan Sarawak mampu menghasilkan lulusan yang berkemahiran dan berkelayakan untuk bersaing dalam pasaran kerja global.
Katanya ini termasuk memiliki penguasaan Bahasa Inggeris yang baik yang diperlukan pada peringkat antarabangsa.