
VIJFHUIZEN, (Belanda), 18 Julai: Kehidupan Scot Choo sebagai kanak-kanak yang ketika itu baru berusia 11 tahun berubah sekelip mata selepas kematian bapanya, juruterbang Kapten Eugene Choo Jin, namun segala tunjuk ajar yang dicurahkan oleh insan tersayang itu tidak pernah dilupakan hingga ke hari ini.