
ANKARA, 19 Sept: Sektor pelancongan global hampir pulih ke tahap sebelum pandemik, dengan ketibaan pelancong antarabangsa mencapai 96 peratus daripada angka 2019 bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, menurut satu laporan Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNWTO) yang dikeluarkan pada Khamis.