KUALA LUMPUR, 2 Sept: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan sumbangan kepada anak seniman agung negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Sazali yang terlibat dengan kemalangan sehingga dikategorikan sebagai  Orang Kurang Upaya (OKU).
Menerusi catatan di Facebook, penyerahan sumbangan itu disempurnakan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi petang tadi.