KUALA LUMPUR, 7 Oktober — Kementerian Sumber Manusia menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan membekalkan kemudahan kit ujian kendiri COVID-19 di bawah Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan bagi majikan yang melaksanakan ujian saringan kepada pekerja.