
HANOI, 9 Sept: Seramai 59 orang dilaporkan maut atau hilang akibat hujan lebat berpanjangan dan banjir yang disebabkan oleh Taufan Yagi di wilayah utara Vietnam setakat 11.30 pagi Isnin (9 Sept), menurut Agensi Berita Vietnam (VNA) yang memetik Timbalan Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Nguyen Hoang Hiep.