
PUTATAN, 19 Nov: Polis meminta saksi kejadian kemalangan kereta api yang mengakibatkan seorang wanita maut manakala anak lelakinya berusia 11 tahun cedera parah di sini tengah hari tadi, agar tampil untuk memberikan maklumat bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Penampang Supt Sammy Newton berkata siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati mangsa bersama anaknya dilanggar ketika melintas di landasan kereta api berkenaan.