
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Okt: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah diberi sambutan negara di Istana Nurul Iman di sini hari ini, bersempena dengan lawatan negara Seri Paduka Baginda berdua ke Brunei selama tiga hari bermula semalam.