KUCHING, 1 Sept: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu pelajar meneroka lebih banyak cara untuk menggabungkan penggunaan alat muzik tradisional pelbagai kaum dalam persembahan kesenian mereka bagi menggalakkan lagi perpaduan dan menghargai kepelbagaian budaya dalam kalangan rakyat Malaysia.
Beliau berkata budaya perpaduan baharu boleh dipupuk dalam kalangan pelajar berbilang kaum di sekolah jika mereka diberi ruang menampilkan kreativiti dengan memainkan pelbagai jenis alat muzik tradisional dalam sesuatu persembahan seperti alat muzik sape Orang Ulu Sarawak dengan gendang tradisional Cina.
KUCHING, 1 Sept: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memperkenalkan frasa ‘Sadrum’ yang tercetus selepas beliau teruja menyaksikan persembahan gabungan budaya oleh pelajar sekolah pada malam tadi.