IPOH, 26 Mei: Wanita perlu diberikan peluang yang saksama di peringkat pengurusan dalam bidang kewartawanan oleh majikan, sekali gus menghapuskan stereotaip jantina dalam bidang itu.
Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST) Farrah Naz Karim berkata isu berkenaan boleh dicapai, melalui sokongan pihak kerajaan melalui undang-undang yang memerlukan majikan memberi kesaksamaan kepada lelaki dan wanita.