PUTRAJAYA, 28 Feb: Seramai 29 warga Indonesia yang memiliki kad pengenalan Malaysia palsu sebagai dokumen pengenalan diri dan tujuan bekerja di negara ini ditahan di sekitar kawasan perindustrian di Puchong, Selangor semalam.
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Ruslin Jusoh berkata, kesemua mereka berumur antara 19 dan 70 tahun yang berasal dari Sulawesi, Medan dan Acheh, dipercayai telah tinggal di Malaysia antara lima hingga 10 tahun.