
KUALA LUMPUR, 15 Jun : Anak syarikat milik penuh GFM Services Bhd, Global Facilities Management Sdn Bhd, menerima surat setuju-terima (LOA) daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menyediakan perkhidmatan pengurusan kemudahan bernilai RM367.23 juta untuk Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini.