
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Menteri-menteri Luar ASEAN berhimpun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Mesyuarat Berkaitan hari ini, dengan usaha mencari penyelesaian damai dan inklusif bagi krisis Myanmar menjadi tumpuan utama.