Rumah agam Datuk Patinggi Abang Abdillah berpotensi sebagai tapak warisan Melayu Sarawak – Abang Johari #bm, Berita Sarawak, Highlight May 11, 2024 12:27 AM KUCHING, 10 Mei: Potensi rumah agam dibina oleh Datuk Patinggi Abang Abdillah yang menjadi premis sebuah sekolah di sini dikenal pasti untuk diiktiraf sebagai tapak warisan Melayu, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.