Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

rosmah mansur

KUALA LUMPUR, 1 Sept: Selepas Datuk Seri Najib Tun Razak diarah menjalani hukuman penjara kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor pula didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar.

KUALA LUMPUR, 1 Sept: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor telah menguasai suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan mempunyai kawalan ke atas bekas Perdana Menteri itu.

KUALA LUMPUR, 1 Sept: Suasana suram menyelubungi Mahkamah Tinggi di sini hari ini apabila Datin Seri Rosmah Mansor menangis ketika memaklumkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bahawa beliau tidak bersalah kerana tidak pernah terfikir untuk menggelapkan wang negara.

KUALA LUMPUR, 1 Sept: Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan terus mendengar dan membuat keputusan dalam kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.

KUALA LUMPUR, 1 Sept: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 30 tahun dan denda RM970 juta, atau penjara 10 tahun, ke atas Datin Seri Rosmah Mansor selepas beliau didapati bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.