KUALA LUMPUR, 6 Sept: Kertas siasatan kes kebocoran dokumen penghakiman membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, telah dikembalikan semula kepada polis bagi mendapatkan beberapa penjelasan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata kali pertama kertas siasatan itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 30 Ogos lepas dan kemudian kertas siasatan kes Najib dirujuk sekali lagi pada 5 Sept, namun dikembalikan semula bagi melengkapkan beberapa butiran yang diperlukan.
KUALA LUMPUR, 2 Sept : Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa RM6.5 juta memang untuk Datin Seri Rosmah Mansor dan beliau menerima wang itu di kediamannya di Jalan Langgak Duta serta Seri Perdana.
KUALA LUMPUR, 1 Sept : Sekumpulan media yang berkumpul di pintu utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini gagal merakam secara lebih dekat ketibaan kenderaan yang membawa Datin Seri Rosmah Mansor.
KUALA LUMPUR, 1 Sept : Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Mahkamah Tinggi hari ini bagi mendengar keputusan kes rasuah membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion yang dihadapinya.
Isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu yang memakai baju kurung dan selendang kuning tiba di mahkamah pada 8.54 pagi.