KUALA LUMPUR, 24 Jan: Ringgit memulakan urus niaga pada Rabu dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika sebahagian besar pelabur menunggu keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) dalam mesyuarat pertama 2024, hari ini.