
PUTRAJAYA, 4 Sept: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius dapatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menerima 106,764 alamat protokol Internet (IP) berdaftar di negara ini, yang disyaki berkongsi kandungan lucah golongan kanak-kanak di Internet, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Rina berkata jumlah tersebut direkodkan sejak 2017 hingga Ogos lepas.