
SANAA (Yaman), 20 April: Sekurang-kurangnya 80 orang terbunuh manakala lebih 220 lagi cedera dalam kejadian rempuhan di sebuah pusat bantuan di Bab Al-Yaman, Sanaa pada Rabu.
Jurucakap rasmi pihak berkuasa kesihatan Houthi, Anis Al-Subaihi mengesahkan kejadian itu sambil berkata pasukan perubatan bertindak balas dengan segera dan memindahkan mangsa yang cedera ke beberapa hospital di ibu negara untuk menerima rawatan.