
MELAKA, 17 Julai : Tiga individu yang merupakan pengurus dan pemilik beberapa firma guaman di Melaka dan Lembah Klang masing-masing direman lima dan enam hari bermula hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka bagi membantu siasatan berhubung pemberian wang suapan kepada pegawai bank di sebuah institusi kewangan di Melaka berjumlah kira-kira RM12,072.