
KUCHING, 27 Sept: “Ini sahaja yang saya boleh beri ibu bapa saya,” kata atlet berkerusi roda Sarawak Marshal Lu Canner selepas mempertahankan pingat emas dalam acara rejam lembing kategori F33 (kecacatan fizikal) pada Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) di sini hari ini.