
GEORGE TOWN, 21 Feb: Nenek kepada kanak-kanak yang meninggal dunia akibat tercekik gula-gula jenis gummy, Hambiah Kassim, 75, berkata walaupun amat sedih dengan kejadian terbabit, keluarga terutama ibu dan bapa Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10, reda dengan pemergian anak sulung daripada dua beradik itu.