KUALA LUMPUR, 4 Dis: Pemain bola sepak sensasi kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid bakal beraksi di Liga 1 Thailand bersama Ratchaburi FC, selepas saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.
Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Hector Bidoglio mengesahkan bahawa penyerang dan pemain sayap lincah berusia 25 tahun itu telah dipinjamkan kepada Ratchaburi.