
KUCHING, 29 Mac: Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat utiliti milik kerajaan negeri Sarawak itu berkata perkara berkenaan telah dimuktamadkan dalam majlis pemeteraian perjanjian secara maya antara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Datuk Sharbini Suhaili dengan Ketua Setiausaha dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tenaga Dunia Dr Angela Wilkinson.

SEREMBAN: Seorang wanita warga emas dikhuatiri hilang ketika mencari lembu ternakannya di kawasan ladang sawit berhampiran rumahnya di Kampung Sega Tengah, Kuala Sawah, Rantau di sini.